Tompok putih pada gigi mengganggu senyuman anda? Ketahui sama ada rawatan ICON sesuai untuk anda melalui pemeriksaan di MiCasa Dental, Sri Rampai.
Masalah Mana yang Anda Alami?

Tompok Putih pada Gigi

Kesan Putih Selepas Braces

Warna Enamel Tidak Sekata

Tompok yang Mengganggu Senyuman
Tompok putih membuatkan warna gigi nampak tidak sekata? Mulakan dengan pemeriksaan untuk mengenal pasti puncanya dan pilihan rawatan yang sesuai.
Apa Itu Icon Resin Infiltration?
Icon menggunakan resin cair untuk meresap ke dalam liang halus enamel pada kawasan yang sesuai dirawat. Resin ini membantu mengurangkan perbezaan penampilan tompok putih dengan enamel sekeliling. Kesesuaian bergantung pada punca dan kedalaman tompok.
Icon atau Teeth Whitening?
Sesetengah kes memerlukan pendekatan lain atau gabungan rawatan. Doktor akan menerangkan pilihan berdasarkan diagnosis, bukan warna tompok semata-mata.
Cara Memulakan Rawatan
Pemeriksaan Tompok
Kenal pasti punca, keadaan permukaan dan jangkaan hasil sebelum memulakan rawatan.
Persediaan & Infiltrasi
Lindungi kawasan sekeliling, sediakan permukaan dan aplikasikan resin mengikut protokol rawatan.
Pengerasan & Semakan
Keraskan resin dengan cahaya, kemaskan permukaan dan semak perubahan penampilan.
Harga Rawatan
Dari RM250
Jumlah rawatan bergantung pada keadaan gigi serta pelan yang dicadangkan selepas pemeriksaan.
Promosi Semasa
Tanya Team Micasa Dental tentang promosi dan pilihan pembayaran yang tersedia untuk rawatan ini.
Mengapa Pilih MiCasa Dental?

Pengalaman Pelanggan Kami
Apa kata pelanggan tentang layanan dan keselesaan bersama pasukan MiCasa Dental.

Apa yang Boleh Dijangkakan?
Tompok mungkin kelihatan kurang ketara, tetapi tahap penyamaran berbeza. Tompok yang lebih dalam atau permukaan yang sudah rosak mungkin memerlukan rawatan lain. Teruskan penjagaan gigi dan pemeriksaan susulan.
Soalan Lazim
Kenali pilihan dan jangkaan rawatan sebelum membuat keputusan.
Adakah semua tompok putih boleh dirawat dengan Icon?
Tidak. Tompok boleh mempunyai punca dan kedalaman berbeza. Doktor perlu memeriksa enamel sebelum menentukan kesesuaian.
Icon sama seperti veneer?
Tidak. Icon meresapkan resin ke dalam enamel yang sesuai, manakala venir menutupi permukaan hadapan gigi. Kedua-duanya mempunyai indikasi yang berbeza.
Adakah rawatan ini memerlukan gerudi?
Kes yang sesuai lazimnya menggunakan persediaan kimia pada permukaan enamel. Jika ada lubang, kehilangan struktur atau tompok yang dalam, pendekatan tambahan mungkin diperlukan.
Boleh buat selepas buka braces?
Tompok putih selepas braces boleh dinilai untuk infiltrasi resin. Kesihatan gusi, kebersihan dan keadaan enamel tetap perlu diperiksa dahulu.
Adakah tompok akan hilang sepenuhnya?
Tidak boleh dijamin. Hasil bergantung pada jenis dan kedalaman tompok serta tindak balas terhadap rawatan. Doktor akan membincangkan had rawatan sebelum anda membuat keputusan.
Kunjungi MiCasa Dental
27-1, Jalan Rampai Niaga 5, Rampai Business Park, 53300 Kuala Lumpur.
Hubungi 03-4144 3317 atau WhatsApp kami untuk mengatur konsultasi.